Saturday, February 2, 2013

Dalam Setiap Kemanisan Ada Pahitnya


SALAM SEMUA :) .

hari nie da 2 Februari 2012. opss!! salah laa, 2 Februari 2013. sekejap je masa berlalu kan. thu2 je da masuk bln Februari. terlalu banyak kenangan dalam bln Januari, ada manis dan ada juga yang pahitnya.


bulan Januari mengajar aku untuk jadi lebih matang, jadi lebih kuat dan sabar dalam menghadapi setiap ujian yang diberi oleh-Nya, jadikan aku lebih berhati-hati untuk membuat keputusan dan juga mengajar aku untuk tidak mudah mempercayai kata-kata orang lain.


sweet memory in January is bler da msok kolej blek, then hangout ngan member2 cari barang2 umah n makan2. hehe (IKEA) , hiking ngan classmates (BUKIT BROGA) and banyak lagi laa. ckp pasal hiking ni kan buad aku ingat semua moment mase kiteorang bersemangat nak naik sampai kat Puncak Broga. mula2 memang tak larat & stop dekat bukit no 2. alang2 lgi ckit je nak sampai kat puncak, kiteorang daki lagi. Alhamdulillah, pukul 6.50 am sampai dekat Puncak Bukit Broga ^__^ .


bak kate orang dalam setiap kemanisan pasti ada pahitnya.


Innalillahi Wainnailahi Roji'un.. 28 Januari 2013, abang sepupu aku DAVID AFIZA telah kembali ke rahmatullah. seriously, sampai sekarang aku tak percaya yang arwah da takde lgi. tak sangka mse dia dkt umah hari tu, adalah moment2 terakhir arwah sebelum menghadap Ilahi. Allah lebih sayangkan dia, kami harus redha dengan ketentuan Ilahi.

Dalam bulan yang sama (JANUARI) tapi tahun yang berbeza, aku kehilangan 2 orang yang aku sayangi. 02 JANUARI 2012, nenek kembali ke rahmatullah dan 28 JANUARI 2013, abg sepupu pula yang kembali kepada-Nya :'( .






Untuk arwah abg David, kami masih teringat lagi gelak tawa dan semuanya tentang abang masa abg hidup. terlalu banyak kenangan kami semua dengan abang, jasa baik abang dengan kami (adik-adik) takkan kami lupakan sampai bila-bila. terima kasih untuk segala-galanya :'( .  kami semua sentiasa mendoakan dan merindui abang. semoga rohmu di cucuri rahmat. Aamiin. Al-Fatihah..

Tuesday, January 1, 2013

New Year 2013 : Snake Year..



SELAMAT TAHUN BARU 2013.

Tik Tok Tik Tok Tik Tok. Happy New Year semua. sblom tue, siape yang lahir tahun ular?? sila angkat tangan!!! hehe ^^ . hmm, cepat je masa berlalu kan. pejam celik pejam celik dah tahun 2013. terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2012 nie. kenangan manis 2012, dapat buka puasa dengan classmate n Sir Nasir ( lecturer Financial Accounting ) , kiteorang sume pergi Putrajaya & have fun kat jambatan. then, the best memories is being happy with my family, friends, someone special and all the people that I love.

kenangan pahit pula, bila kehilangan nenek yang tersayang awal tahun 2012. baru beberapa hari smpai Malaysia, dapat khabar yang nenek dah pergi menghadap Ilahi. semoga arwah nenek ditempatkan di sisiNya. Al-Fatihah

da terlalu banyak yang aku lalui sepanjang tahun 2012. dan disebalik semua yang terjadi banyak mengajar aku erti kesabaran, ketabahan, erti sebenar sebuah hubungan yang terjalin , yang paling penting erti persahabatan yang sebenar-benarnya.

wish tahun baru 2013 nie, hopefully dapat jadi yang terbaik untuk semua yang aku sayang, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, diberi kekuatan dalam menghadapi semua ujian dariNya. Buang yang keruh, ambil yang jernih. past is past. New life is begin. Hope you all will have a lovely, successful and awesomw new year. InsyaAllah. ^^

utk sesiapa yang mengenali diri ini, sy nak mintak maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya sepanjang tahun 2012 ad perbuatan, percakapan dan tingkah laku yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. halalkan semua yang pernah korang bagi dkat sy. kite tutup buku lama, dan mulakan buku baru. semoga tahun baru nie lebih bermakna dan lebih ceria berbanding tahun2 sebelom ni k . aminnn

Thursday, December 13, 2012

Spaghetti Bolognese ..


Salam semua. 2 ari lepas, aku dan akak aku try buad spaghetti, Alhamdulillah, berjaya ^_^ . da brape kali aku asyik nak update psal SPAGHETTI BOLOGNESE tapi asyik tak jadi jea. sebab da beberapa ari kebelakangan nie aku tak brape sihat so terpaksa laa postpone nk update blog. ari nie, aku berkesempatan nak share resepi dgn korang semua.

SELAMAT MENCUBA!!! GOOD LUCKK ^__^



Bahan-Bahan:
1) 1 Paket Spaghetti
2) 1 Paket Daging Kisar
3) 3 Sudu Besar Cili Kering / Pes Cili
4) 6 Ulas Bawang Merah *
5) 2 Ulas Bawang Putih *
6) 215 g Tomato Puri
7) 290 g Prego - Cheese & Herbs ( jenama lain pon boleh )
8) 300 g Prego - Mushroom ( jenama lain pon boleh )
9) 2 Biji Tomato Fresh (dihiris nipis)
10) 1 Biji Lobak Merah ( dipotong dadu )
11) 1 Tin Cendawan Butang ( dipotong dadu )
12) 1 Cawan Air
13) 1 Senduk Susu Segar
14) 1 Kiub Stok Daging Lembu
15) Oregano Leaves
16) Garam
17) Minyak Masak (untuk tumis)
18) Cheese Powder

Cara-Cara (Untuk Spaghetti) :
1) Didihkan air terlebih dahulu, tambah sedikit garam dan sesudu minyak . Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga masak dengan api sederhana .
2) Setelah masak, toskan spaghetti tersebut dan taburkan sedikit butter diatasnya.
**butter digunakan untuk mengelakkan spaghetti melekat antara satu sama lain .

Cara-Cara (Untuk Sos) :
1) Tumis bahan-bahan bertanda ( * ) sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga masak .
2) Masukkan pula daging kisar dan tumis sebati sehingga keperangan.
3) Setelah itu, masukkan tomato puri serta tomato yang dihiris tadi dan gaul hingga sebati.
4) Kemudian, masukkan Cheese & Herbs , Mushroom , dan gaul hingga sebati. Setelah itu, masukkan pula lobak merah , cendawan butang dan gaul lagi.
5) Masukkan pula air , susu segar , garam secukup rasa, kiub daging , oregano leaves . gaul sebati sehingga mendidih .
6) Padamkan api dan kemudian taburkan cheese powder ke dalam sos tadi .

Saturday, December 1, 2012

Cocktail Buah-Buahan


Hai semua ^_^ . ari nie, akak aku buad COCKTAIL BUAH-BUAHAN . aku tak join sekali sebab aku ada keje lain yang nak kene buad. huhu :( . hmm, takpe2 . mybe next time aku buad sendiri plak, InsyaAllah :) . so, nie resepi nak buad COCKTAIL BUAH_BUAHAN. simple je. korang sume mesti pandai buad punye laa.

SELAMAT MENCUBA!!!




Bahan-Bahan :
1) 1 Tin Susu Cair .
2) Buah-buahan dalam tin ( ikut suka korang la, nak tambah buah lain pon boleh ) .
3) 4 Sudu Besar Gula .
4) 1/2 Sudu Kecik Garam .
5) 1 Sudu Besar Tepung Jagung .
6) Air Masak ikut kesesuaian .

Cara-Cara :
1) Potong buah secara dadu . Kemudian, masukkan semua bahan dalam periuk . Masak dengan api yang sederhana .
2) Bila da mendidih, tutup api dan sejukkan .
3) Kalau kuah pekat, tambah air ikut kesesuaian. Kalau kurang manis, tambah gula @ susu pekat .
4) Sejukkan ikut suhu bilik. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk .

* lagi sedap kalau makan sejuk2. kalau nak lgi sejuk, tambah laa ais k.

Haa, kan da ckp nak buad dessert nie simple jea ^_^ . oke, InsyaAllah mybe esok atau bila2 masa nak try buad Kuih Koci Pulut Hitam @ Muffin Chocolate plak ^_^ .  

Thursday, November 29, 2012

Kuih Seri Muka


Salam & Selamat Petang semua ^_^ . Semalam aku dengan akak aku try buat KUIH SERI MUKA. Alhamdulillah, menjadi jugak kuih nie walaupun 1st time buat. Aku cadang nak update semalam, tapi tak jadi sebab.. sebab ape ea. biar la aku jea yang tahu :) . okay2, sekarang nie ak nak share resepi dengan korang semua.


SELAMAT MENCUBA!!!




Bahan-Bahan (Lapisan Bawah) :
1) 2 Cawan Beras Pulut
2) 2 Cawan Santan Cair ( Kena Sama dengan sukatan Pulut )
3) Sedikit Garam

Cara-Cara :
1) Basuh beras pulut dan rendam selama beberapa jam . Kemudian, toskan . 
2) Campurkan santan & garam, gaul sebati .
3) Tuang ke dalam pulut dan gaul sebati.
4) Kukus selama 30 minit .
5) Setelah pulut masak, tekan pulut tadi hingga padat .  


Bahan-Bahan (Lapisan Atas) :
1) 2 Cawan Santan Pekat
2) 1/2 Cawan Tepung Kastard
3) 1 Sudu Besar Tepung Ubi
4) 1 Biji Telur
5) 1 Cawan Air Daun Pandan
6) Sedikit Garam
7) Pewarna Hijau


Cara-Cara :
1) Sementara tunggu pulut masak, blender semua bahan diatas dan tapis.
2) Tuang adunan perlahan2 ke dalam pulut yang telah dipadatkan tadi .
3) Kukus selama 40 minit / 1 jam . 
4) Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan .

* Balut penutup pengukus dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam loyang.

Tuesday, November 27, 2012

Chocolate Brownies


Salam & Selamat Malam semua. dah lame ak tak update blog kan. lately nie aku agak busy sikit laa ( hmm, busy kea?? ahaha ) . okay, hari nie aku dengan akak aku try buat CHOCOLATE BROWNIES . Alhamdulillah, berhasil dengan jayanya walaupun tak secantik orang yang pakar dalam bidang baking ni . So, kat sini aku nak share recepi dengan korang semua.

SELAMAT MENCUBA!!! ^_^




Bahan-bahan :

1) 200 g Mentega ( 3/4 cawan )
2) 200 g Dark Chocolate ( 3/4 cawan chocolate yang disagat atau dihiris halus )
3) 170 g Tepung Gandum ( 1/2 cawan rata )
4) 30 g Serbuk Koko ( 1/4 cawan rata )
5) 4 biji Telur
6) 170 g Gula Caster ( 1/2 cawan rata )
7) 1/2 Sudu teh Baking Powder

Cara-cara :

1) Cairkan Mentega & Chocolate secara Double Boil. Kacau rata & biarkan suam .
2) Tepung & Koko diayak bersama .
3) Pukul Telur & Gula sehingga kembang .
4) Masukkan campuran Tepung & Koko ke dalam adunan dan gaul rata dengan spatula .
5) Masukkan pula coklat dan gaul rata . 
6) Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan digris dengan mentega .
7) Kukus selama 15 minit. ( balut loyang dengan raping paper supaya air tidak masuk ke dalam adunan )

Toping :
1) Cairkan 200 g coklat secara double boil .
2) Panggang badam hiris .



Friday, October 26, 2012

Siapakah pemilik tulang rusuk ini??






Wahai pemilik tulang rusukku ini,
Siapakah diri kau yang sebenarnya??
Bagaimanakah,
Rupa parasmu, ketinggianmu, suaramu,
Bahkan sikapmu, tingkah lakumu dan akhlakmu??
Sememangnya,
Aku ingin mengenali dirimu dengan lebih mendalam lagi.


Aku ingin kau tahu,
bahawa aku akan sentiasa menunggumu.
Didiklah aku untuk menjadi yang lebih baik,
Tegurlah aku jika ada khilaf di sana sini,
Aku bukan lah insan yang sempurna,
dan begitu juga dengan diri kau,
Namun aku tetap menerima dirimu,
Kekurangan yang ada pada dirimu,
Mungkin ada kelebihannya pada diriku,
Dan begitu juga sebaliknya.
Kita akan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ya Allah,
Sekiranya benar aku ini tercipta dari tulang rusuk kirinya,
Kau satukan lah hati kami,
Kau tetapkan lah hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seadanya,
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya dengan cara yang diredhai olehMU